Bung Moktar tarik balik perkataan ‘f*** you’, akui kurang sopan

Terdahulu Bung Moktar Radin mengeluarkan kata-kata kesat itu selepas Willie Mongin mencelah ucapannya berkenaan harga barang tidak turun selepas GST dimansuhkan. (Gambar Youtube)

KUALA LUMPUR: Datuk Bung Mohtar Radin (BN-Kinabatangan) mengakui kesilapannya mengeluarkan perkataan “f*** you” dan “main pela***” serta menganggapnya sebagai tidak sopan.

“Saya dari awal tidak merujuk sesiapa, saya ingin menarik balik perkataan tersebut, saya menarik balik memang ia tidak sopan pun.

“Bagaimanapun cubaan dari Puncak Borneo tidak baik, saya nampak dia minum dengan perempuan pela***,” kata Bung sambil memaklumkan kelakuan Willie Mongin (PH-Puncak Borneo) itu tidak dibangkitkan dalam dewan.

Sebelum itu, Timbalan Speaker Datuk Rashid Hasnon meminta Bung menarik balik perkataan perkataan kesat itu.

“Saya minta Kinabatangan menarik balik perkataan f*** you,” kata Rashid di Dewan Rakyat sebelum memulakan persidangan untuk sesi petang.

Cha Ker Chin (PH-Rasah) pula mendesak Bung dikenakan tindakan lebih keras dengan meminta timbalan speaker menghalaunya keluar dewan.

“Tarik balik tidak cukup sebab perkataan itu berat,” katanya sambil disokong Wong Kah Woh (PH-Ipoh Timur).

Rashid kemudian membuat ketetapan dan meminta Bung menarik balik perkataan kurang sopan itu dan tidak mengulangi perkataan tidak baik.

“Jika berlaku lagi saya guna peraturan 44,” katanya merujuk tindakan lebih berat termasuk dihalau keluar dewan.

Bung kemudian sekali lagi bangkit dan menarik balik perkataan kesat tersebut.

“Saya rasa Rasah ketinggalan bas, saya dah tarik balik, kalau tak puas hati lagi saya ulang saya tarik balik sampai Kinabatangan, Rasah juga saya tarik,” kata Bung.

Terdahulu, Dewan Rakyat kecoh gara-gara perkataan “f*** you” dan “main pela***”.

Ia bermula apabila, Willie Mongin (PH-Puncak Borneo) bangkit mencelah ucapan Bung berkenaan harga di pasar borong Selayang tidak turun selepas GST dimansuhkan.

Willie bertanya sama ada Bung pergi pasar borong tersebut atau ke casino, menyebabkan Bung naik angin.

Dewan Rakyat kecoh lagi, Bung Moktar sebut ‘f*** you’