Gantung gaji ahli parlimen mencarut, kata ahli akademik

Dewan Rakyat kecoh semalam selepas Bung Moktar Radin menjerit ‘f*** you’ kepada Ahli Parlimen Puncak Borneo semasa berucap mengenai GST.

PETALING JAYA: Seorang ahli akademik menyarankan agar speaker Dewan Rakyat dan timbalannya mengenakan tindakan lebih keras berbanding meminta ahli parlimen menarik balik perkataan kesat ketika bersidang, mengatakan tindakan Ahli Parlimen Kinabatangan Bung Moktar Radin mengeluarkan perkataan “F *** you” kepada ahli parlimen lain semalam, sebagai tidak dapat diterima.

Tajuddin Rasdi.

Ini adalah kali kedua berturut-turut ahli parlimen menggunakan perkataan kesat di dewan dalam masa beberapa hari.

“Rakyat mesti memberi tekanan kepada speaker untuk tidak menerima tingkah laku seperti ini di ‘Malaysia baharu’ kerana ini bukan budaya kita, dan ini bukanlah perkara yang kita ajarkan kepada anak-anak kita,” kata pensyarah Universiti UCSI, Tajuddin Rasdi kepada FMT.

“Ahli Parlimen juga perlu sedar mereka mempunyai tanggungjawab untuk menegakkan Rukun Negara, dan 1 daripada 5 prinsipnya adalah ‘kesopanan dan kesusilaan’.”

Tajuddin menambah ahli parlimen yang berkelakuan buruk sepatutnya digantung gaji mereka, bukan hanya diarah keluar dewan.

“Ahli Parlimen yang berkelakuan sedemikian mesti digantung gaji mereka. Jika kita hanya keluarkan mereka, mereka mendapat gaji. Mereka mesti bekerja,” katanya, sambil menambah ahli parlimen mempunyai tanggungjawab untuk mewakili dan menyuarakan rungutan pengundi mereka.

Beliau juga menggesa orang ramai, khususnya NGO dan pengguna media sosial memberi tekanan kepada parti politik untuk menegur ahli parlimen mereka.

Tawfik Ismail.

Sementara, bekas ahli parlimen Sungai Benut, Tawfik Ismail mengingatkan ahli parlimen bahawa mereka dipilih oleh pengundi untuk bercakap bagi pihak mereka.

“Mandat ini mesti dihormati dan maruah pengundi-pengundinya mesti ditegakkan dengan tingkah laku dan sikap baiknya di Parlimen.

“Semuanya dirakam di Hansard. Adakah ahli parlimen mahu diketawakan atau dicemuh selepas mereka keluar? Hansard selamanya; ahli parlimen tidak.”

Manakala bekas ahli parlimen Kepong, Dr Tan Seng Giaw berkata, beliau percaya ahli parlimen yang mempunyai sikap sedemikian hanya mahukan perhatian.

“Jika media menonjolkan tindakan seseorang yang selalu bercakap elok, lebih banyak ahli parlimen akan melakukannya. Perkara itu, ramai yang mahukan perhatian dan mereka tidak peduli bagaimana mereka mendapatkannya.”

Dr Tan Seng Giaw.

Semalam, Dewan Rakyat menjadi kecoh apabila Bung menjerit “F*** you” kepada Ahli Parlimen Puncak Borneo Willie Mongin semasa perbahasan mengenai cukai jualan dan perkhidmatan.

Ia berlaku selepas Ahli Parlimen Lipis Datuk Abdul Rahman Mohamad menjerit “P**** ak” di dewan pada Isnin. Istilah lucah dianggap sangat menyinggung perasaan.

Timbalan Speaker Datuk Rashid Hasnon meminta Bung menarik balik perkataan perkataan kesat itu.

Bung Moktar bersetuju tetapi menambah: “Bagaimanapun cubaan dari Puncak Borneo tidak baik, saya nampak dia minum dengan perempuan pela***.”

Rashid kemudian membuat ketetapan dan meminta Bung menarik balik perkataan kurang sopan itu dan tidak mengulangi perkataan tidak baik.

“Jika berlaku lagi saya guna peraturan 44,” katanya merujuk tindakan lebih berat termasuk dihalau keluar dewan.

 

Bung Moktar tarik balik perkataan ‘f*** you’, akui kurang sopan

Dewan Rakyat kecoh lagi, Bung Moktar sebut ‘f*** you’