Johari Abdul sedia kosongkan kerusi untuk Anwar

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul mengesahkan khabar angin dia sedia mengosongkan kerusi bagi membuka laluan kepada Datuk Anwar Ibrahim kembali ke Parlimen.

Johari berkata Anwar seperti abang sendiri dan dia tiada masalah menawarkan kerusi Sungai Petani.

“Saya sayang Anwar. Tetapi dia belum hubungi saya atau berkata apa-apa pada saya. Kami belum membincangkannya,” kata Johari di ruang legar Parlimen hari ini.

Johari merujuk kepada pesanan yang tersebar di WhatsApp mengatakan Anwar berminat untuk bertanding di Sungai Petani.

Nama Johari timbul kerana beliau memegang 2 kerusi iaitu DUN Gurun dan Parlimen Sungai Petani.

Johari tidak pasti kebenaran pesanan itu dan perlu bercakap dengan Anwar tentang perkara itu.

“Kalau dia mahu kerusi itu, saya sudi mengosongkannya. Tetapi dia belum hubungi saya atau hantar apa-apa pesanan,” katanya.

Ditanya tidakkah dia akan dilihat “mengkhianati” rakyat Sungai Petani jika di mengosongkan kerusi itu untuk Anwar, Johari berkata mereka patut gembira orang lebih tinggi daripadanya menjadi Ahli Parlimen mereka.

“Kalau dia perlukan kerusi itu, silakan,” katanya.

Beliau sebelum ini menafikan partinya mengalami krisis menjelang pemilihan parti bulan depan.

Johari juga bersekutu dengan calon timbalan presiden, Rafizi Ramli.