Dr M lalui 100 hari dengan risiko KDNK meningkat

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memasuki 100 hari pentadbiran dengan risiko terhadap ekonomi meningkat.

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berkembang dengan perlahan selama lebih 1 tahun pada suku tahun kedua, lebihan akaun semasa mengecil dan mata wang berdepan tekanan ketika keadaan kucar-kacir pasaran memuncul memburuk.

Isi utama

KDNK naik 4.5% pada suku tahun kedua dari tahun lalu, kata Bank Negara hari ini, lebih rendah daripada 5.4% yang dicapai dalam 3 bulan sebelumnya dan tersasar daripada 5.2% yang dianggarkan dalam satu tinjauan Bloomberg.

Lebihan akaun semasa mengecil kepada RM3.9 bilion daripada RM15 bilion dalam suku tahun pertama.

Selepas kemenangan mengejut pada Mei, Dr Mahathir segera melaksanakan janji membanteras rasuah, mengkaji semula projek yang didanai China dan memansuhkan cukai kepenggunaan. Beliau membatalkan dan menangguhkan projek prasarana yang disokong China termasuk Laluan Kereta Api Pantai Timur bernilai RM20 bilion dan saluran-saluran paip ketika beliau cuba merundingkan terma-terma yang lebih baik.

Peralihan politik meninggalkan kesan pada ekonomi suku tahun lepas, dengan pelaburan sektor awam mengecut 9.8% dari tahun lepas, mengheret keseluruhan perbelanjaan kerajaan ke bawah sebanyak 1.4%.

Permintaan domestik kekal kuat dan dipastikan oleh penurunan kadar 6% GST selepas Dr Mahathir mengangkat sumpah. Kepenggunaan swasta meningkat 8% pada suku tahun lepas dari setahun lalu, manakala pelaburan melonjak 6.1%.

Gabenor Bank Negara Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus, yang mengumumkan angka KDNK di taklimat media pertama sejak dinamakan ke jawatan itu pada Jun berkata, ekonomi mungkin akan berkembang kira-kira 5% tahun ini, lebih rendah daripada 5.5% hingga 6% yang diunjurkan kerajaan dulu.

Penurunan perbelanjaan sektor awam berkait dengan peralihan kerajaan dan dijangka sementara, katanya.

Kelembapan suku tahun lepas berlatarkan turun naik pasaran kewangan sejagat dan ketegangan perdagangan. Meskipun mata wang terlindung daripada kucar-kacir pasaran memuncul terburuk yang melanda negara seperti Indonesia dan India, minggu ini ringgit merosot paling rendah berbanding dolar dlm tempoh 8 bulan

Mata wang tidak banyak berubah pada 4.1045 berbanding dolar setakat 12.15 tengah hari tadi.

Nor Shamsiah berkata kesan langsung ketegangan perdagangan adalah minimum tetapi Malaysia akan terkesan jika ia meningkat kepada melibatkan lebih banyak negara dan barangan.

Gabenor memimpin penggubal dasar untuk mengekalkan kadar faedah penanda aras pada 3.25% bulan lepas, memanjangkan jeda sejak pihak berkuasa kewangan itu meningkatkan kos pinjaman pada Januari. Inflasi terkawal, menurun kepada 0.8% pada Jun, kadar paling perlahan sejak 2015.