Cara merawat ulser mulut guna bahan di rumah

Musim panas seperti sekarang, kita pasti akan berdepan pelbagai masalah kesihatan, salah satu yang paling umum adalah ulser mulut. Walaupun ia boleh sembuh dalam masa seminggu 2, tetapi sepanjang masalah itu, kita pasti merana, betul tak?

Sampaikan ada yang tidak boleh makan dan minum.

Di bawah disediakan beberapa tips mudah yang boleh diamalkan untuk mempercepatkan proses penyembuhan ulser mulut menggunakan bahan yang ada di rumah.

1. Air garam

Air garam dapat mengurangkan sakit dan mematikan kuman yang mengakibatkan ulser tersebut, kita hanya perlu berkumur air garam 2 atau 3 kali sehari sahaja.

2. Air kelapa

Kenaikan suhu badan juga boleh jadi penyebab berlakunya ulser. Jadi, kita digalakkan minum air yang mencukupi atau mengamalkan air kelapa untuk mengimbangi suhu badan kita.

3. Marjerin

Marjerin juga berupaya menyembuhkan ulser di mulut. Cuma letakkan marjerin pada sekitar kawasan yang terkena ulser dan ulangi sehingga ulser betul-betul sembuh.

4. Madu

Bahan pembunuh yang terkandung dalam madu boleh menyembuhkan luka dan jangkitan dengan cepat. Ia mampu merawat ulser dengan berkesan.

5. Soda penaik

Perlu campurkan soda penaik ini dengan air suam sikit, dan letakkan di bahagian yang dijangkiti ulser untuk penyembuhan pantas.

Bagaimanapun segeralah berjumpa doktor jika ulser anda kekal selama 3 minggu, menjadi merah dan sakit kerana ia mungkin jangkitan serta asyik kembali walaupun diubati.

Artikel ini disumbangkan oleh Muhammad Nurhaziq dari sayapejuangbahasa.blogspot.com