Musa Aman pulang ke Malaysia

KUALA LUMPUR: Bekas ketua menteri Sabah Tan Sri Musa Aman kembali ke tanah air dari London hari ini dan tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang 6.45 petang tadi.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali yang mengesahkan perkara itu berkata, rombongan membawa Musa dikecualikan dari pemeriksaan Imigresen di kaunter kerana masalah kesihatan yang dihadapinya.

“Sebaik tiba dokumen penumpang telah diperiksa dan direkodkan ke dalam Sistem Komputer Jabatan Imigresen,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pemeriksaan dokumen Musa dan penumpang lain selesai pada 7.00 petang.

Beliau berkata imigresen juga memaklumkan ketibaan kepada polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk tindakan lanjut.