Iran gesa umat Islam lawan dasar AS bersifat ‘pecah belah’

TEHRAN: Pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei menggesa umat Islam bersatu menentang dasar Amerika Syarikat yang bersifat “memecahbelahkan”, lapor agensi berita China Xinhua, pada Khamis.

Gesaan itu dibuat ketika berjuta-juta rakyat Iran meraikan Aidiladha yang disambut umat Islam di seluruh negara.

Sementara itu, Presiden Iran, Hassan Rouhani berharap umat Islam akan mengatasi sikap permusuhan serta ekstremisme, dan mengucapkan tahniah kepada pemimpin negara Islam sempena kedatangan Aidiladha.

Naib Presiden Pertama Iran, Eshaq Jahangiri, turut menyeru “solidariti dan perpaduan dunia Islam dalam memerangi keganasan, ekstremisme dan ketidaksetiaan kuasa-kuasa hegemoni”.

Aidiladha merupakan sambutan perayaan paling suci agama Islam bagi memperingati kesediaan Nabi Ibrahim dalam menurut perintah Allah untuk mengorbankan anak lelakinya, Ismail.

Umat Islam di seluruh dunia berhimpun di masjid, mendengar khutbah dan menunaikan solat ketika perayaan itu.