Kematian gempa bumi Lombok kini 555 orang

JAKARTA: Angka kematian beberapa gempa bumi kuat yang melanda pulau pelancongan Lombok di Indonesia sejak akhir bulan lepas meningkat kepada 555 orang, kata para pegawai agensi pengurusan bencana pada Jumaat.

Gegaran gempa bumi yang melanda pulau itu dari 29 Julai hingga 19 Ogos memaksa lebih 402,000 penduduk meninggalkan rumah dan berlindung di khemah sementara, kata Agung Pramuja, ketua unit kecemasan agensi pengurusan bencana di wilayah Nusa Tenggara Barat kepada agensi berita China Xinhua.

Sejumlah 80,588 rumah musnah, kata pegawai.

Pramuja berkata kakitangan agensi pengurusan bencana itu serta sukarelawan kini menerima dan mengagihkannya kepada mangsa gempa bumi di pulau tersebut.

Pembinaan semula kawasan yang terjejas akan dilakukan dalam beberapa minggu akan datang, katanya.

Indonesia sering dilanda gempa bumi kerana ia terletak di kawasan yang terdedah kepada bencana itu dikenali sebagai Lingkaran Api Pasifik.