Mahkamah syariah tangguh rotan pelaku seks lesbian

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu menangguhkan hukuman sebatan rotan terhadap 2 wanita yang disabit kesalahan melakukan seks lesbian, menurut laporan media, ditengah-tengah kecaman aktivis hak asasi manusia.

Wanita berkenaan mengaku bersalah bagi kesalahan bawah undang-undang Islam. Mereka dikenakan hukuman denda dan 6 sebatan rotan, yang sepatutnya dijalankan pada 28 Ogos.

Kes itu mencetuskan bantahan daripada kumpulan hak asasi yang mengecam sebatan itu sebagai penyeksaan.

Mahkamah Tinggi Syariah bagaimanapun menangguhkan hukuman itu pada 3 September atas “sebab-sebab teknikal”, lapor media.

“Beberapa agensi akan terlibat dalam hukuman itu, dan ada beberapa isu teknikal yang perlu diselesaikan,” kata pendaftar mahkamah Nurul Huda Abdul Rahman lapor The Star.

Reuters tidak dapat menghubungi pegawai mahkamah yang terlibat dalam kes itu untuk mendapatkan komen.

Kumpulan hak asasi berkata sikap tidak toleransi terhadap komuniti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) semakin meningkatkan sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Seorang wanita transgender dipukul sekumpulan orang di Seremban pada 15 Ogos lepas. Aktivis berkata kejadian itu sebahagian daripada permusuhan yang semakin melarat terhadap golongan gay dan transgender.

Pihak berkuasa juga menurunkan portret 2 aktivis LGBT daripada satu pameran fotografi terbuka awal bulan ini, mengatakan ia mempromosikan aktiviti LGBT.