31 Ogos, jangan lupa ikuti promosi menarik ini!

Esok, 31 Ogos 2018 kita akan sambut hari paling bersejarah iaitu hari negara kita diumumkan mencapai kemerdekaan daripada pemerintahan British.

Erti dan konsep sambutan kemerdekaan ini berubah dari masa ke masa dan dan pada hari ini, walaupun kita semua tahu latar sejarah 31 Ogos tetapi kini ia lebih kepada memegang erat perpaduan yang dibina sejak berdekad.

Kepelbagaian agama, bangsa dan budaya yang menyumbang kepada perpaduan ini dan apa lagi?

Mungkin tak keterlaluan jika kita akui makanan sebagai penyatu rakyat Malaysia selain minat sama yang dikongsi seperti sukan badminton dan bola sepak, amalan suka melancong dan membeli-belah dan sebagainya.

Jadi, mengambil kira perkara itu, beberapa rangkaian restoran dan syarikat komersial
mengambil pendekatan untuk meraikan Hari Kemerdekaan menerusi tawaran promosi istimewa.

Ayuh, ikuti senarai promosi tersebut!

1. Secret Recipe menawarkan 61% diskaun bagi pembelian kek kedua yang berharga sama atau lebih rendah dari kek pertama sempena hari merdeka. Promosi ini hanya sah pada 31 Ogos, 12 tengah hari hingga 5 petang sahaja.

2. Baskin Robins pula menawarkan 31% diskaun untuk ais krimnya bermula 29 hingga 31 Ogos.

3. McDonalds menawarkan kombinasi panas dan manis iaitu kopi latte bersama kek Red Velvet pada harga promosi RM10.45 sahaja berbanding harga sebenar secawan Latte pada RM4.95 dan sepotong kek pada RM9.90. Tidak pasti tempoh promosi ini, jadi jangan lepaskan peluang ini!

4. Mina Mini Mart and Cafe di Kuching, Sarawak menyambut 31 Ogos dengan menawarkan diskaun 31% untuk mana-mana kopi atau teh di kafenya. Promosi ini hanya untuk esok, dari 8 pagi hingga 10 malam.

5. Hotel Swiss Garden di Melaka menawarkan promosi merdeka istimewa dengan menawarkan pakej bernilai RM61 untuk 2 orang bagi minum teh petang dan tiket ke Sky Tower.

6. Restoran makanan sushi, Funa Sushi di Klang juga menawarkan diskaun 31% untuk makanan terpilih sehingga esok.

7. Tai-Croissant di Paradigm Mall Petaling Jaya juga menawarkan promosi dengan menawarkan makanan pilihan, Apple Cinnamon, Hokkaido Custard dan Oreo Custard taiyakis hanya pada RM 6.10 setiap satu. Bukan itu sahaja, minuman seperti teh hijau atau hitam Dilmah pada RM 3.10 satu dan Matcha Au Lait atau Red Bean Baked Milk pada RM 6.10.
Bagi setiap bil yang berakhir dengan angka “31” atu “61”, anda anda diberikan 1 taiyaki citarasa pilihan anda untuk percuma bermula esok hingga 2 September.

8. Bersempena musim panas dan bulan kemerdekaan, Starbucks menawarkan 50% diskaun untuk pembelian minuman pilihan kedua sepanjang bulan ini. Hari ini dan esok, anda akan ditawarkan dengan minuman komplimentari bersaiz Grande apabila berbelanja minimum RM61 dalam satu resit menggunakan kad Starbucks atau applikasi telefon pintar.

9. Beli satu kosmetik, percuma satu! Kunjungi AEON Wellness dan tawaran ini hanya sah sehingga 2 September.

10. Burger King menawarkan set Nasi Merdeka Special iaitu Nasi Satay Ayam untuk RM8.80 only bermula 29 hingga 31 Ogos. Bersos kuah kacang, nasi dan ayam panggang, pai nenas dan Coca-Cola, ini belanja paling berbaloi. Cepat malam ini dan esok sahaja!

11. Satu lagi tawaran 31% diskaun untuk pilihan milkshake Buaharaja (Cempedak/Durian) pada 31 Ogos ini di Tealive.

12. Street Churros menawarkan RM1 (harga biasa RM 7.50) Churro goreng sempena sambutan hari kemerdekaan! Tunjuk sahaja posting yang dikongsi di laman sosial pada 31 Ogos dan jika anda 31 pelanggan yang pertama bermula pukul 3.10 petang, Churros RM1 milik anda!

13. Di Texas Chicken, 2 potong ayam goreng dan segelas Coke hanya RM6.10 (Harga biasa: RM12.55) pada 31 Ogos ini!

14. Berryberries Smoothie edisi premium di JuiceLab hanya berharga RM6.10 sempena 61 tahun Malaysia merdeka. Ingat, tawaran ini untuk cawan saiz sederhana sahaja.

15. Dapatkan teh tarik pada harga RM 1 bagi pembelian mana-mana hidangan nasi lemak kecuali Nasi Lemak Wrap di Kenny Rogers. Promosi ini sah sehingga 16 September dan hanya untuk dine-in.

16. Golden Screen Cinemas (GSC) Malaysia menawarkan harga tiket serendah RM8 sehingga 26 September 2018 untuk skrin 2D di pawagam standard sempena bulan kemerdekaan. Tertakluk kepada terma dan peraturan.