Erdogan: Turki perlu sistem peluru berpandu canggih dari Rusia

ANKARA: Turki perlukan peluru berpandu permukaan ke udara S-400 buatan Rusia dan akan memperolehinya secepat mungkin, kata Presiden Tayyip Erdogan hari ini.

Amerika Syarikat bimbang aturgerak S-400 oleh sekutu NATO itu akan merisikokan keselamatan beberapa senjata buatan AS dan teknologi lain yang digunakan oleh Turki, termasuk pesawat tempur F-35.

Berucap di satu majlis tamat kursus para pegawai tentera, Erdogan berkata Turki juga perlukan pesawat tempur F-35 akan terus membayar ansuran kepada Amerika Syarikat, tetapi akan membeli pesawat dari negara lain jika AS menghentikan penghantaran pesawat canggih itu.