Kawalan panel solar China tamat minggu depan, kata EU

BRUSSELS: Suruhanjaya Eropah hari ini mengesahkan langkah-langkah kawalan ke atas penjualan panel solar China akan tamat mulai minggu depan.

Suruhanjaya yang menyelaraskan dasar perdagangan Kesatuan Eropah (EU) dalam kenyataan berkata langkah itu akan luput pada tengah malam 3 September.

EU pertama kali mengenakan langkah-langkah anti-lambakan dan anti-subsidi ke atas panel, wafer dan sel solar China pada 2013 dan melanjutkannya pada Mac 2017 selama 18 bulan, menandakan ia akan ditamatkan selepas itu.