Husam angkat sumpah sebagai senator

Husam Musa ialah pengerusi PH Kelantan. (Gambar Youtube)

PETALING JAYA: Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kelantan Husam Musa mengangkat sumpah sebagai senator di Dewan Negara hari ini.

Pada 12 Ogos lalu, seramai 12 individu mengangkat sumpah sebagai senator hari ini di depan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri S A Vigneswaran.

Sementara itu, Husam yang sebelum ini dijadualkan mengangkat sumpah sebagai senator ditangguhkan ke tarikh lain yang akan ditetapkan kemudian kerana dikatakan menunaikan haji di Mekah.