Di sebalik kemalangan telefon pintar terbakar, meletup

Telefon pintar meletup sehingga menyebabkan kecacatan kekal, antara berita semakin kerap dibaca di dadak akhbar pada masa kini. Namun kita masih alpa dan mengambil enteng apabila mengendalikan telefon pintar.

Di Malaysia juga terlalu banyak kes melibatkan kecederaan dan kecederaan parah melibatkan telefon pintar meletup, terbakar dan sebagainya, tetapi tahukan anda bagaimana ia boleh berlaku?

Menurut laman Techadvisor, lazimnya bateri dalam telefon pintar itu yang meletup dan ia boleh menyebabkan letupan yang cukup besar untuk membawa kecelakaan sekiranya ia disimpan dekat dengan tubuh badan, seperti poket.

Perkara sama juga boleh berlaku kepada komputer riba dan komputer, tab dan gajet menggunakan bateri khususnya Lithium-ion.

FMT Ohsem memetik portal Baba Mail yang berkongsi beberapa sebab di sebalik kemalangan telefon pintar meletup. Mungkin anda juga mahu ambil tahu punca-puncanya supaya lebih berhati-hati apabila mengendalikan gajet ini kelak.

1. Menggunakan telefon ketika ia sedang dicas

Perkara ini paling kerap dinasihati, iaitu elak menggunakan telefon pintar ketika ia sedang dicas. Ini kerana aktiviti mengecas menghasilkan banyak haba dan apabila bergabung dengan haba yang dihasilkan ketika ia digunakan, ia boleh meletup atau terbakar.

2. Tidak menggunakan pengecas ‘original’

Kita semua diberikan pengecas telefon dalam pakej pembelian, namun masih ramai yang tidak mengendahkan kepentingan pengecas tersebut. Selain pengecas asal, kita memilih menyimpan pengecas yang bukan asli dibeli secara pukal atau di pasar malam, tepi jalan ataupun kedai aksesori untuk disimpan di kereta, pejabat dan lokasi lain. Pengecas palsu daripada sumber yang tak dapat disahkan ini tidak diiktiraf tahap keselamatannya. Jadi, ia boleh menyebabkan kerosakan sehingga telefon meletup kerana kita tahu jumlah voltan kuasa yang dipacar.

3. Mengecas untuk tempoh masa yang lama

Apa perlunya mengecas telefon bimbit anda untuk tempoh masa yang lama? Menurut pakar teknikal, mengecas bateri untuk tempoh yang lama akan hanya mengurangkan efisiensi bateri. Jika telefon anda mempunyai 80% kuasa bateri, tak perlulah mengecasnya lagi. Paling efektif ialah mengecas telefon selepas ia kosong atau berada pada paras paling rendah. Ia juga dapat menjaga jangka hayat penggunaan telefon pintar anda,

6. Menggunakan bateri bukan ‘original’

Kebanyakan telefon android membolehkan kita menggantikan bateri telefon. Apabila berbuat demikian, pastikan anda menggunakan bateri tulen dan bukan yang palsu.

7. Bateri lama

Sesudah satu tempoh masa, anda akan berdepan dengan keperluan untuk menukar bateri telefon pintar anda. Jika bateri anda cepat haus, ia bermakna sudah tiba masanya untuk menukar bateri.

8. Bateri yang rosak

Adalah bahaya untuk menggunakan bateri yang rosak atau menunjukkan kecacatan fizikal. Ia biasanya berlaku apabila telefon terjatuh, tercalar, membengkak dan sebagainya. Semua ini akan menyebabkan telefon itu mudah berdepan masalah termasuk meletop apabila dirangsang dengan sumber elektrik.