Musa Aman hadir ke SPRM

Kenderaan yang membawa Musa Aman kelihatan memasuki perkarangan bangunan SPRM. 

PUTRAJAYA: Bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman hadir ke Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini bagi memberi keterangan berhubung isu rasuah pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Beliau hadir ke bangunan SPRM tepat jam 11.45 pagi menaiki Toyoya Vellfire berwarna hitam diiringi peguamnya.

Kehadiran Musa dinantikan kira-kira 20 wartawan dan jurufoto dalam hujan lebat sejak jam 8.40 pagi.

Semalam, Musa akhirnya tampil mengangkat sumpah sebagai Adun Sungai Sibuga selepas lebih kurang 4 bulan “menghilangkan” diri ke luar negara.

Terdahulu, Musa dikehendaki pihak polis berhubung dakwaan ugutan jenayah terhadap Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin selepas upacara angkat sumpah jawatan ketua menteri dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Selain itu, beliau didakwa terlibat dengan rasuah selepas terdapat cubaan menyogok Adun Sabah selepas PRU14.