Identiti kaum PPBM tak bagus untuk PH, negara, kata bekas ketua DAP

Bekas Adun Skudai berkata parti komponen PH yang majmuk menang majoriti kerusi untuk gabungan itu. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Bekas ketua DAP Johor membidas pengisytiharaan PPBM sebagai parti berasaskan kaum, mengatakan fahaman sebegitu langkah ke belakang buat reformasi dan bertentangan dengan manifesto Pakatan Harapan.

Dr Boo Cheng Hau berkata ideologi “Bumiputera dan ketuanan Melayu” sebab rakyat terbahagi atas garis perkauman.

Kenyataan tegas PPBM bahawa ia parti berasaskan kaum menunjukkan ia tidak “berpandangan jauh dan tidak ikhlas menempa reformasi demokrasi dalam politik Malaysia,” katanya.

Bekas Adun Skudai itu berkata parti komponen Pakatan Harapan iaitu PKR, DAP dan Amanah menang majoriti kerusi untuk gabungan itu.

Gabungan ini menunjukkan rakyat, termasuk orang Melayu, menerima pendekatan yang rentas Malaysia dan bukan perkauman untuk reformasi institusi, katanya.

“Kenyataan dari para pemimpin PPBM melanggar manifesto pilihan raya PH dan gagal mencadangkan penyelesaian yang lebih berkesan dan kukuh kepada dilema yang dihadapi negara kerana mereka tidak boleh terima ketuanan Melayu-Bumiputera tidak berkesan dan tidak memulihkan keadaan negara,” katanya dalam kenyataan.

Malam tadi, Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad mempertahankan identiti kaum partinya sebagai realistik kerana rakyat terbahagi atas garis perkauman.

Beliau berkata walaupun ia dikritik, hakikatnya semua parti politik memilih calon berdasarkan majoriti kaum di kawasan yang ditandingi.

Tetapi Boo berhujah politik bukan perkauman mesti tidak boleh dikompromi.

Beliau menyeru Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng supaya menggesa sekretariat PH memanggil mesyuarat majlis presiden tergempar untuk membincangkan isu menyahrasiskan politik Malaysia.

Majlis itu patut dapatkan penjelasan Dr Mahathir tentang mengapa PPBM bertegas dengan politik satu kaum.

“Majlis presiden PH patut beri kata dua kepada PPBM untuk kemukakan satu jadual untuk menyahrasiskan agenda ketuanan satu kaum bagi mengelakkan PH menjadi Barisan Nasional 2.0.”