Nasi kandar paling ‘umph’ di Tajuddin Hussain

Pengalaman nasi kandar anda sentiasa tidak memuaskan? Pastinya, anda tidak tahu tempat yang betul untuk mendapatkan makanan mamak yang sedap dan sihat. Tiada tempat lain untuk anda dapatkan nasi kandar yang asli, enak, kaya dengan rasa dan berlemak kecuali di Pulau Mutiara, Pulau Pinang.

Namun begitu, tidak semestinya semua kedai nasi kandar yang anda kunjungi itu sedap kerana bukan semua kedai nasi kandar dibuka oleh penduduk asli Pulau Pinang.

Oleh itu, anda perlu bertanya sendiri kepada penduduk Pulau Pinang tempat yang menyediakan makanan enak secara konsisten, unik dan berbeza daripada kedai-kedai nasi kandar lain.

Jawapan mereka satu sahaja;

Nasi Kandar Tajuddin Hussain

Tajuddin Hussain menjadi pilihan utama penduduk setempat untuk menikmati nasi kandar yang enak kerana pilihan menu yang biasa dihidang di rumah dengan menggunakan resepi warisan Pulau Pinang yang sukar untuk ditemui di restoran-restoran lain di Pulau Pinang.

Selain itu, masakan-masakan yang ditawarkan di restoran ini menggunakan bahan makanan yang unik seperti burung merpati, angsa, puyuh dan ayam belanda.

Orang ramai sentiasa berpusu-pusu ke Tajuddin Hussain untuk merasai makanan tersebut kerana tempat duduk dan kuantiti makanan yang terhad membuatkan hidangan nasi kandar di restoran tersebut lebih istimewa.

Jika anda berpeluang untuk mengunjungi Pulau Pinang, anda bolehlah menyinggah ke Tajuddin Hussain dan merasai sendiri hidangan istimewa Tajuddin Hussain dan mengenali identiti sebenar Pulau Pinang menerusi hidangan angsa masak ros, kari puyuh dan dalca ayam belanda.

Namun begitu, pastikan anda hubungi dahulu Tajuddin Hussain dan bertanya sama ada masih ada tempat, makanan dan yang paling penting, kedai tersebut dibuka. Caranya mudah saja, masukkan nombor telefon dan alamat di bawah:

A: 49 & 51 Lebuh Queen,
George Town, 10200 George Town, Pulau Pinang, Malaysia
T: +60 4-262 5367

Artikel ini diterbitkan dalam butterkicap.com