Kerajaan Thai cuba naikkan pertumbuhan KDNK 2018 kepada 5%

Somkid Jatusripitak. (Gambar AFP)

BANGKOK: Kerajaan Thai berusaha menaikkan pertumbuhan ekonomi kepada 5% tahun ini bagi merangsang kekayaan negara itu, kata Menetri Kewangan Apisak Tantivorawong kepada pemberita hari ini.

Dalam pada itu, Timbalan Perdana Menteri Somkid Jatusripitak berkata, bank pusat Thai mempunyai “pertimbangan yang baik” berhubung kadar faedah, sewaktu para penganalisis berbeza pendapat mengenai keputusan yang bakal diambil minggu depan.

Bank pusat negara itu akan menyemak kadar faedah polisi yang kini ditetapkan pada angka 1.50% 19 Sept depan. Kebanyakan penganalisis menjangkakan kadar itu kekal, tetapi sebahagian yang lain mengunjurkan kenaikan pertama sejak 2011.