Pelawak terkenal Accapan meninggal dunia

Accapan menempa nama dalam kalangan peminat melalui sitkom popular Pi Mai Pi Mai Tang Tu. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Pelakon dan pelawak terkenal negara Accapan meninggal dunia kerana kegagalan buah pinggang awal pagi tadi.

Menurut anak bongsunya, Yhuveneshwary, Accapan atau nama sebenarnya Samynathan Rethinam, 63, menghembuskan nafas terakhir di rumahnya di Taman Puchong Utama pada jam 2.43 pagi tadi.

Persatuan Seniman dalam kenyataannya menyebut upacara penghormatan terakhir untuk seniman itu akan diadakan di rumah beliau pada petang ini.

Acappan meninggalkan seorang isteri, Yogeswari Subramaniam 53, dan 3 anak iaitu Vikneshwaran 31, Dhineshwaran 28 dan Yhuveneshwary 24.

Antara drama popular yang mengangkat namanya dalam kalangan peminat ialah sitkom popular Pi Mai Pi Mai Tang Tu.