Syarikat di Malaysia sasaran sekatan AS berkaitan Iran

Gambar Reuters

WASHINGTON: Amerika Syarikat hari ini mengenakan sekatan berkaitan Iran terhadap 1 syarikat penerbangan yang berpangkalan di Thailand dan satu sekatan diubahsuai terhadap 1 syarikat pelancongan yang berpangkalan di Malaysia, menurut kenyataan Jabatan Perbendaharaan AS.

Tindakan terbaharu itu menyasarkan sebuah syarikat di Bangkok dan sebuah syarikat di Kuala Lumpur, menurut kenyataan yang disiarkan di laman web jabatan itu.