Taufan raksasa hentikan khidmat feri di selatan China

 

Menurut Pusat Meteorologi China, taufan Mangkhut bergerak ke arah barat daya dengan kelajuan 26km sejam kira-kira 1,000km dari bandar Yangjiang di wilayah Guangdong. (Gambar Twitter)

GUANGZHOU: Perkhidmatan feri di selatan Selat Guiongzhou dihentikan hari ini berikutan taufan raksasa Mangkhut kini menghampiri wilayah Hainan dan Guangdong, agensi berita Xianhua memetik kenyataan pihak berkuasa tempatan.

Taufan Mangkhut dijangka melanda kawasan darat antara Guangdong barat dan timur Hainan malam ini membawa angin kencang dan hujan lebat, menurut biro cuaca tempatan.

Menurut Pusat Meteorologi China, taufan Mangkhut bergerak ke arah barat daya dengan kelajuan 26km sejam pada jam 8 pagi, kira-kira 1,000km dari bandar Yangjiang di wilayah Guangdong.

Pentadbir maritim wilayah itu menghantar helikopter dan kapal tunda bagi memindahkan seramai 3,238 pekerja platform luar pesisir dan memerintahkan 6,266 kapal mengambil langkah berjaga-jaga berikutan taufan tersebut.