Kementerian akan bertindak terhadap pemandu Dego Ride

PUTRAJAYA: Kementerian Pengangkutan akan ambil tindakan terhadap mana-mana individu yang menawarkan perkhidmatan perkongsian motosikal, Dego Ride, kerana ia tidak diluluskan untuk beroperasi.

“Kementerian Pengangkutan tak akan luluskan Dego Ride. Kita tak setuju dengan perkongsian motosikal sebab terlalu banyak kemalangan yang melibatkan motosikal,” katanya pada sidang media hari ini.

Minggu lalu, FMT melaporkan perkhidmatan perkongsian motosikal pertama di Malaysia itu mahu menyambung semula perkhidmatannya selepas diharamkan pentadbiran lepas.

Pengasas Dego Ride Nabil Faisal Bamadhaj berkata mereka kembali beroperasi secara kecil-kecilkan di sekitar Lembah Klang 2 minggu lalu.

Dego Ride itu diperkenalkan 16 November tahun lalu dengan tambang serendah RM2.50 untuk 3km pertama dan RM0.60 bagi setiap 1km berikutnya.

Perkhidmatan perkongsian motosikal popular di negara asing seperti di Indonesia, Thailand dan Vietnam.