Kucing ‘lepas rindu’ tonton klip video tuannya

Kasih sayang bukan hanya terhad dalam kalangan insan sesama insan, malah dalam kebanyakan masa ramai akui ia lebih menyerlah apabila melibatkan haiwan kesayangan.

Rakaman sebuah video menunjukkan reaksi seekor kucing melihat gambar tuannya yang sudah meninggal dunia dalam skrin telefon menyayat hati netizen.

Ini kerana kucing itu bertindak mengusap dirinya pada skrin telefon yang memaparkan rakaman video individu dipercayai tuannya.

Bagaimanapun keterangan lanjut mengenai rakaman itu tidak dikongsi. Apapun, tontonlah detik menarik seekor kucing mengenang tuannya.

Bukan semua orang bertuah untuk dikenang dan disayangi sesudah tiada.

He sees his owner's video in the smart phone. he died sometime ago…Lovely….

Posted by Engin Yilmaz on Tuesday, 4 September 2018