2 parah selepas kereta dilanggar kereta api di Sabah

Kereta dinaiki 2 lelaki berusia 20-an itu sedang melintasi landasan kereta api menuju ke jalan besar, sebelum dirempuh sebuah kereta api dan diheret kira-kira 20m.
KOTA KINABALU: Dua lelaki cedera parah apabila kenderaan yang mereka naiki dirempuh dan diheret kereta api berhampiran Tugu Peringatan Petagas, dekat sini, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira 1.10 petang itu, kenderaan yang dinaiki 2 lelaki berusia 20-an itu sedang melintasi landasan kereta api menuju ke jalan besar, sebelum dirempuh sebuah kereta api dan diheret kira-kira 20m.
Pusat Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah ketika dihubungi berkata, kedua-dua mangsa yang cedera parah itu dihantar ke hospital berhampiran.
“Kita menerima panggilan kecemasan pukul 1.18 petang dan 2 jentera bersama 12 anggota bergegas ke lokasi kejadian dan operasi tamat pada pukul 1.47 petang,” katanya.