Bangunan menyerupai alat sulit lelaki jadi bahan ejekan

Sebuah bagunan di Guangxi di China menjadi perhatian selepas rekaannya dikatakan menyamai bentuk alat sulit lelaki.

Ini menyebabkan bangunan yang dijadikan pusat media wilayah tersebut disindir oleh netizen secara meluas.

Pusat Media Baru Guangxi siap dibina pada Ogos lalu selepas 2 tahun pembinaan direka dengan lingkaran bertingkat dengan satu menara tinggi di tengah-tengah dan 2 menara rendah di kedua-dua sebelah, gambaran yang menjadi bahan ejekan dan ketawa ramai.

Lebih buruk ialah ketika festival Pertengahan Luruh pada 24 September lalu, bangunan itu mengadakan persembahan bunga api apabila ia dilakukan dari puncak menara tinggi yang berada di tengah-tengah keseluruhan bangunan itu.

Walaupun ia menjadi kecaman netizen, media tempatan pula mendakwa arkitektur bangunan tersebut diinspirasi daripada lanskap teres yang boleh ditemui di wilayah Guangxi dan Yunnan.

Bagaimanapun, netizen masih tidak menerima alasan itu dan rekaan tersebut terus menjadi debat serta bahan ejekan dalam laman sosial di dalam dan luar negara itu.