Iran nafi Israel tuduh program nuklear Tehran ‘palsu’

Isu nuklear Iran dibincangkan PBB sejak 2006. (Gambar Reuters)

TEHRAN: Kementerian Luar Iran pada Jumaat menafikan kenyataan perdana menteri Israel baru-baru ini, yang mengatakan program nuklear Tehran sebagai “palsu dan rekaan,” demikian menurut laman web kementerian itu, lapor agensi berita Xinhua

“Selepas Amerika Syarikat (AS) dan Israel gagal untuk menjadikan anti-Iran satu isu, Israel mula mengeluarkan pelbagai tuduhan yang tidak dijangka sama sekali,” kata jurucakap Kementerian Luar Iran, Bahram Qasemi.

Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu pada Khamis menunjukkan gambar ucapannya di Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu, menuduh Iran memiliki “gudang bom atom rahsia” untuk program senjata nuklear.

“Ia permainan baharu rejim Israel yang kami bantah sama sekali,” kata Qasemi.

“Israel dan AS berusaha memberikan gambaran yang teruk mengenai Iran pada perhimpunan agung itu tahun ini, tetapi usaha mereka gagal,” katanya.