Zakri Khir dilantik pengerusi baru Perkeso

Zakri adalah felo Institut Insurans Malaysia dan mempunyai pengalaman selama 30 tahun dalam sektor insurans dan pengurusan portfolio.(Gambar Allianz Malaysia Berhad )

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Allianz General Insurance (Malaysia) Berhad Zakri Khir dilantik sebagai pengerusi Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) yang baru berkuatkuasa 8 Okt ini.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan hari ini berkata Zakri menggantikan Tan Sri Dr Aseh Che Mat.

Zakri adalah felo Institut Insurans Malaysia dan mempunyai pengalaman selama 30 tahun dalam sektor insurans dan pengurusan portfolio, menurut kenyataan itu.