FGV lantik Othman Omar sebagai pengarah

Ketika ini Othman adalah ketua pengarah Felda. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: FGV Holdings Bhd telah melantik Datuk Dr Othman Omar sebagai Pengarah Bukan Bebas dan Bukan Eksekutif berkuat kuasa 1 Oktober 2018.

Ketika ini Othman adalah Ketua Pengarah Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA).

Dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, FGV juga mengumumkan peletakan jawatan Datuk Ab Ghani Mohd Ali sebagai Pengarah Bukan Eksekutif berkuatkuasa hari ini.

Berikutan peletakan jawatan Ab Ghani, pengarah gantiannya Datuk Muzzammil Mohd Nor juga meletakkan jawatannya hari ini, kata FGV.