Masalah ‘menopause’ lelaki muda

Masalah seksual yang umumnya berlaku dalam kalangan lelaki berusia kini mula dikesan dalam kalangan lelaki muda.

Lelaki muda juga dikatakan mengalami ‘menopause’ atau lebih dikenal dengan terma andropause.

Andropause adalah keadaan biologi tubuh yang dialami oleh golongan lelaki separuh abad dan ke atas, sama seperti gejala menopause yang dialami wanita.

Salah satunya faktornya adalah penurunan kadar hormon testosteron.

Para pakar sakit tuan percaya masalah andropause berlaku dalam kalangan lelaki muda ekoran pengaruh gaya hidup tidak sihat seperti obesiti, tekanan dan kurang tidur.

Pakar naturopati dari Universiti New York, Geovanni Espinosa berkata, penurunan kadar hormon testosteron juga terjadi akibat peningkatan tenaga, nutrisi genetik, keadaan kesihatan, ubat-ubatan selain usia.

Penurunan kadar hormon testosteron berlaku secara berperingkat dalam kalangan lelaki yang meningkat tua, namun kajian menunjukkan pada usia 40 tahun, 3% daripada kadar testosteron turun setiap tahun.

Maka, pada usia 80 tahun, rata-rata lelaki hanya mempunyai 50% daripada kadar testosteron keseluruhan usia muda.

Bagaimanapun, pada masa kini, ramai lelaki muda berusia 20 tahun hingga 40 tahun mulai mengalami andropause yang turut dikesan dengan isu seperti penurunan libido, gangguan pada ereksi, insominia, kenaikan berat badan, penurunan kepadatan otot dan tulang dan tekanan.

Untuk mengembalikan kadar testosteron, mereka terpaksa mendapatkan rawatan seperti ubat-ubatan hormon.

Espinosa dalam bukunya, ‘Integrative Sexual Health’ yang disunting oleh Andrew Weil berkata, lelaki harus memiliki sekitar 270 dan 1030 nanogram per desiliter kadar testosteron.

“Pada pendapat saya, rawatan dan ubat-ubatan boleh diberikan selepas lelaki dikesan berhadapan masalah hormon melalui pemeriksaan ujian darah. Saya mengesyorkan pendekatan integratif untuk kesihatan seksual lelaki,” kata Weil, seperti yang dipetik dari CNN Health.

Pendekatan integratif itu dapat dilakukan menerusi latihan fizik atau olahraga, nutrisi yang tepat, tidur dan pengambilan suplemen.

1. Olahraga

Kadar testosteron dapat ditingkatkan dengan aktiviti fizikal tertentu. Antaranya pergerakkan bebas menggunakan otot yang besar seperti di kaki dan punggung.

“Deadlift dan squat merupakan olahraga yang sangat baik untuk isu ini,” kata Espinosa.

2. Nutrisi

Pemakanan yang kaya dengan nutrisi tertentu membantu meningkatkan kadar testosteron. Pengambilan karbohidrat disarankan selain pengambilan buah-buahan berserat tinggi, sayuran, biji-bijian, dan kekacang.

Beberapa sumber lemak dari daging, minyak kelapa dan kacang macadamia juga membantu meningkatkan testosteron.

3. Tidur

Tidur yang baik dan berkualiti memengaruhi jumlah testosteron. Ini kerana testosteron dihasilkan sekitar pukul 5 hingga 7 pagi.

Espinosa juga menyarakan agar mematikan pencahayaan ketika tidur kerana ia boleh menggangu tidur sekali gus penghasilan testosteron.

4. Suplemen

Lelaki yang didiagnosis memiliki testosteron rendah eloklah berbincang dengan doktor untuk mendapatkan suplemen. Espinosa memetik, vitamin D dan Zinc sebagai berperanan penting dalam penghasilan testosteron. Beberapa herbal seperti ashwagandha dan rhodiola juga dapat menjadi pilihan.