Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pagi ini berikutan harga minyak yang terus meningkat.

Pada 9 pagi, mata wang tempatan berada pada 4.1350/1410 berbanding dolar AS daripada 4.1370/1400 semasa ditutup pada Jumaat.

Ketua Dagangan Asia Pasifik OANDA Stephen Innes berkata 2 perkara utama yang akan memberi impak kepada prestasi ringgit adalah harga minyak yang meningkat dan kadar faedah AS yang tinggi.

“Walaupun harga minyak tinggi pada masa ini, pelabur masih berhati-hati dengan prestasi dolar AS dan kadar faedah yang tinggi oleh Rizab Persekutuan AS,” katanya.

Pada 9 pagi, penanda aras minyak mentah Brent diniagakan pada AS$83.01 setong.

Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama lain.

Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0238/0293 daripada 3.0232/0263 pada Jumaat dan mengukuh berbanding yen kepada 3.6320/6382 daripada 3.6472/6501.

Mata wang tempatan merosot berbanding euro kepada 4.7991/8065 daripada 4.7969/7007 pada Jumaat dan naik berbanding pound British kepada 5.3916/3999 daripada 5.3984/3044.