Lelaki Perancis ditahan buat ‘base jump’ dari kren

Lelaki Perancis membuat ‘base jump’ di tapak pembinaan. (Gambar Reuters)

SYDNEY: Seorang warga Perancis ditahan kerana melakukan “base jump” di sebuah tapak pembinaan di Sydney pada Selasa, lapor agensi berita Xinhua.

Lelaki berusia 24 tahun itu kemudian dibebaskan dengan jaminan.

Menurut kenyataan polis New South Wales, lelaki itu memasuki ke kawasan pembinaan tersebut secara haram dan kemudian melakukan terjunan dari atas kren sebelum ditahan polis sebaik mendarat.

Lelaki itu akan didakwa di mahkamah pada 17 Oktober atas kesalahan masuk ke kawasan larangan tanpa kebenaran dan boleh menyebabkan bahaya kepada orang awam.