Singapura hantar bantuan kemanusiaan ke Sulawesi

Anggota tentera memunggah bantuan kemanusiaan untuk mangsa gempa dan tsunami di Lapangan Terbang Mutiara Sis Al Jufri, di Palu, tengah Sulawesi, Indonesia, hari ini. (Gambar Reuters)

SINGAPURA: Kementerian Pertahanan Singapura menghantar bantuan kemanusiaan ke Indonesia yang terjejas akibat gempa bumi dan tsunami pada 28 September lalu.

Kementerian itu dalam satu kenyataan berkata, pakej bantuan itu dihantar menggunakan 2 pesawat pengangkut C-130, pada Selasa.

Bantuan itu merangkumi khemah, makanan, air minuman dan bekalan perubatan bernilai kira-kira S$240,000 (kira-kira AS$174,620).

Menurut agensi berita Xinhua, bantuan itu disumbangkan Angkatan Tentera Singapura.

Selain menghantar bantuan, pesawat itu juga akan digunakan untuk membantu operasi memindahkan penduduk terjejas.