Bekas presiden Korea Selatan dipenjara 15 tahun kerana korupsi

Pendakwa meminta hukuman 20 tahun penjara dan denda 15 bilion won. (Gambar Reuters)

SEOUL: Bekas perdana menteri Korea Selatan, Lee Myung-bak dijatuhi hukuman penjara 15 tahun hari ini atas beberapa sabitan korupsi, termasuk menerima rasuah, lapor agensi Xinhua.

Lee yang pernah menjadi perdana meneteri negara itu selama 5 tahun dari awal 2008 hingga 2013, dijatuhi hukuman 15 tahun penjara dan denda sebanyak 13 bilion won (AS$11.5 juta) oleh Mahkamah Daerah Seoul Tengah.

Penghakiman tersebut disiarkan secara langsung oleh televisyen walaupun Lee, 76, enggan hadir ke mahkamah.

Pendakwa meminta hukuman 20 tahun penjara dan denda 15 bilion won (AS$13.3 juta).