Mewahnya arowana sehingga sanggup bunuh ketika mencurinya

Hartawan lazimnya memperaga kekayaan mereka dengan kapal layar mewah, jet peribadi atau sekurang-kurangnya beg tangan Bijon atau pun Birkin, tetapi ada juga simbol kekayaan khusus bagi masyarakat elit Asia, iaitu sejenis ikan eksotik.

Sisik berkilau, bentuk badan yang tulus dan menarik, tidak dilupakan kepada misainya, ikan arowana Asia merupakan salah satu spesis akuatik yang paling mahal di dunia, dikhabarkan pernah mencecah RM1.24 juta (AS$300,000).

Menurut pengarang “The Dragon Behind the Glass: A True Story of Power, Emily Voigt walaupun bukan semua arowana berharga 7 atau 6 angka, seekor anak ikan arowana Singapura boleh mencecah RM900 (S$300), manakala arowana albino dewasa yang jarang didapati pula mencecah RM290,000 (AS$70,000) atau lebih.

Arowana, juga dikenali sebagai “ikan naga,” dan ia bukan haiwan peliharaan biasa.

Ikan yang boleh membesar sehingga sekitar 3 kaki panjang menjadi ikan paling unik kerana pesonanya sahaja.

Memetik laporan CNBC, ramai percaya ikan tersebut membawa nasib baik dan kekayaan.

“Banyak kisah mengenai ikan ini dikongsi di mana ikan tersebut akan melompat keluar dengan sendirinya dari akuarium dan mati, sama ada sebagai amaran kepada pemilik atau menerima bahaya yang menimpa pemilik kepada dirinya.

“Ikan ini, bukan calang-calang kerana ia dilindungi oleh Akta Spesies Terancam,” petik laporan itu.

Tambahnya, pada tahun 1975, 183 buah negara menandatangani satu perjanjian untuk mengklasifikasikan arowana sebagai spesies dilindungi dan mengharamkannya dari perdagangan antarabangsa.

Malah, sehingga ke hari ini, ikan tersebut tidak boleh dibawa ke Amerika Syarikat secara sah.

Perjanjian itu meningkatkan lagi nilai kemewahan sekaligus menambah obsesi terhadapnya, kesannya, pasaran gelap berkembang pesat.

Singapura, yang menjadi salah satu negara dengan kadar jenayah yang paling rendah, pernah berdepan 4 kecurian arowana dalam satu minggu.

Di Malaysia, 5 arowana dilaporkan dicuri dari rumah seorang wanita dan dalam insiden berasingan, pemilik akuarium ditikam mati dan hampir dipenggal kepala, semuanya kerana ikan.

Ekoran itu, ramai yang mengaji pengawal bersenjata untuk mengiringi arowana.

Sekatan-sekatan yang dilonggarkan pada akhir 1980-an membenarkan perdagangan arowana di kolam. Ia sekaligus mengembangkan perniagaan ikan itu pada tahun 2000an.

Tetapi pada tahun 2012, harga arowana jatuh mendadak apabila penternak membanjiri pasaran. Penternak Singapura mengeluh, harga arowana merah menurun sebanyak satu pertiga sejak itu.

Bagaimanapun permintaannya masih tinggi.

Mengikut Konvensyen Perdagangan Antarabangsa Spesies Terancam, yang menjejaki eksport arowana, lebih daripada 200,000 dagangan dicatatkan pada 2016, 3 kali lebih tinggi daripada pada tahun 2006. Kebanyakannya berasal dari Indonesia atau Malaysia dan berakhir di akuarium di China.