Penyakit mental semakin membimbangkan di Fiji
Menteri Kesihatan Fiji, Rosy Akbar berkata seorang daripada 4 orang dewasa serta seorang daripada 5 orang muda menghidapi penyakit mental, yang meliputi 20% daripada penduduk negara itu.
SUVA: Kerajaan Fiji dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah melatih lebih 700 jururawat tempatan untuk mengenal pasti dan merawat pesakit yang menderitai penyakit mental, lapor agensi berita Xinhua.
Menteri Kesihatan Fiji, Rosy Akbar berkata hari ini, seorang daripada 4 orang dewasa serta seorang daripada 5 orang muda menghidapi penyakit mental, yang meliputi 20% daripada pendudk negara itu.
Beliau berkata, perbincangan sedang berjalan bagi membina sebuah pusat pemulihan yang sangat diperlukan bagi menyediakan rawatan lebih baik kepada rakyat negara itu yang ketagihan dadah berat.
Akbar berkata, wujud kebimbangan berhubung penyebaran dan penggunaan dadah seperti methamphetamin, kokain dan marijuana, yang sering menjadi sasaran serbuan polis Fiji.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram
Beliau membuat kenyataan itu ketika melawat pesakit di Hospital St Giles di sini sebagai sebahagian daripada usaha kementerian berkenaan meningkatkan tahap kesihatan mental penduduk negara pulau itu.