Rasuah: Bekas presiden Korea Selatan dipenjara 15 tahun

Lee Myung-bak menjadi presiden Korea Selatan dari awal 2008 hingga 2013. (Gambar AFP)

SEOUL: Bekas presiden Korea Selatan, Lee Myung-bak dihukum penjara 15 tahun atas beberapa pertuduhan rasuah, pada Jumaat, lapor agensi berita China Xinhua.

Mahkamah Daerah Tengah Seoul turut menjatuhi hukuman denda 13 bilion won (AS$11.5 juta) ke atas Lee yang memimpin negara itu selama 5 tahun, dari awal 2008 hingga 2013.

Prosiding jatuh hukum ke atas Lee disiarkan secara langsung, meskipun pemimpin 76 tahun itu tidak hadir ke mahkamah.

Pihak pendakwaan meminta mahkamah menjatuhi hukuman penjara 20 tahun dan denda 15 bilion won (AS$13.3 juta) ke atas Lee.