Haiti digegar gempa, 10 dilaporkan terbunuh

Haiti merupakan sebuah negara miskin di kepulauan Caribbean. (Gambar Reuters)

PORT-AU-PRINCE: Gempa bumi berskala 5.9 semalam mengakibatkan sekurang-kurangnya 10 terbunuh di Haiti, kata pegawai, selepas gegaran yng berlaku meruntuhkan bangunan di utara negara Caribbean itu, menurut agensi Reuters.

Ketua polis di wilayah barat daya, Jackson Hilaire berkata, 7 terbunuh di Port-de-Paix, sebuah bandar berhampiran pusat gempa.

Sementara itu, Menteri Dalam Negeri, Reynaldo Brunet berkata, 3 orang terbunuh di Gros-Morne, sebuah bandar ke selatan negara itu.