Rafizi isytihar menang pemilihan Wilayah Persekutuan

PETALING JAYA: Rafizi Ramli hari ini mengisytiharkan dia menang pemilihan PKR di Wilayah Persekutuan.

Calon timbalan presiden itu kini dia sudah memenangi 4 daripada 6 negeri yang sudah menjalankan pemilihan, dan menawan 51 bahagian daripada 88 bahagian.

Rafizi berkata dia memperoleh 16,160 undi atau 50.1% berbanding penyandang Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang memperoleh 16,112 undi atau 49.9% di Pulau Pinang, Johor, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Wilayah Persekutuan.

“Saya terhutang budi kepada sahabat-sahabat di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan yang memberi undi dan memenangkan saya,” katanya.

Menurut Rafizi, keputusan rasmi tanpa undi ragu menunjukkan dia memperoleh 2,934 undi di Wilayah Persekutuan berbanding Azmin yang mendapat 2,794 undi.

“Saya juga menang di 7 dari 13 bahagian,” katanya.

Proses memilih kepemimpinan PKR bagi Wilayah Persekutuan bermula hari ini melibatkan 34,892 anggota di 13 bahagian. Pengundian bermula seawal 10.00 pagi tadi dan berakhir 5.00 tadi.