Keadaan kesihatan presiden Filipina ‘tidak serius’, kata jurucakap

Presiden Filipina, Rodrigo Duterte

MANILA: Keadaan kesihatan presiden Filipina, Rodrigo Duterte “tidak serius” dan ia akan kekal dirahsiakan, kata jurucakapnya hari ini seperti dipetik oleh Reuters.

“Presiden akan mematuhi peruntukan perlembagaan, tetapi oleh sebab keadaannya tidak serius, beliau akan merahsiakan keadaan kesihatannya, Harry Rogue memberitahu satu taklimat media.

Pemangku Menteri Dalam Negeri, Eduardo Ano berkata Duterte memberitahu mesyuarat Kabinet malam semalam bahawa keputusan ujian yang dijalaninya menunjukkan beliau tidak menghidap kanser.