Zahid perlu ke SPRM esok pagi

KUALA LUMPUR: Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dikehendaki hadir di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya pada 10.00 pagi esok.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi Bernama mengesahkan perkara berkenaan.

Beliau berkata SPRM telah menyerahkan kepada Zahid notis hadir beri keterangan bagi membantu siasatan.

Semalam, Zahid menerusi laman Twitter rasminya berkata beliau akan memberi kerjasama penuh kepada SPRM.

Pada Julai lepas, Zahid memberi keterangan sebanyak dua kali kepada SPRM berhubung siasatan terhadap dana Yayasan Akal Budi milik keluarganya yang ditubuhkan untuk menjalankan aktiviti amal.