Mahkamah Bangladesh hukum pemimpin pembangkang penjara seumur hidup

Mahkamah Khas Dhaka juga menjatuhkan hukuman mati ke atas beberapa anggota BNP kerana serangan ke atas sebuah perhimpunan awam pada 2004. (Gambar Reuters)

DHAKA: Mahkamah Bangladesh hari ini menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas pemangku pengerusi Parti Nasionalis Bangladesh (BNP), Tarique Rahman kerana merancang membunuh Perdana Menteri Sheikh Hasina sewaktu beliau menjadi anggota pembangkang, kata peguam.

Mahkamah Khas Dhaka juga menjatuhkan hukuman mati ke atas beberapa anggota BNP, termasuk bekas menteri muda dalam negeri, Lutfuzzaman Babar kerana serangan ke atas sebuah perhimpunan awam pada 2004, kata peguam kerajaan Mosharraf Hossain Kazal kepada pemberita.