Taiwan perkuat keselamatan negara berikutan tekanan China

Tsai berkata tekanan berterusan China ke atas Taiwan telah mencabar status quo di sepanjang Selat Taiwan, tetapi menegaskan negara itu tidak akan membuat provokasi melulu terhadap China. (Gambar AFP)

TAIPEI: Presiden Taiwan Tsai Ing-wen berikrar hari ini untuk memperkuatkan keselamatan negara itu sekali gus mengingatkan bahawa kerajaan pimpinannya tidak akan tunduk kepada asakan China sewaktu Beijing meningkatkan tekanan bagi memaksakan kedaulatannya ke atas pulau tersebut.

Menggunakan ucapan Hari Kebangsaan beliau bagi memperkuatkan iltizam pemerintahan sendiri Taiwan, Tsai berkata negara ulau itu akan menggunakan semua cara bagi menghalang penyusupan dari negara luar.

Tsai berkata tekanan berterusan China ke atas Taiwan telah mencabar status quo di sepanjang Selat Taiwan, tetapi menegaskan negara itu tidak akan membuat provokasi melulu terhadap China.

China, yang menuntut Taiwan sebagai wilayahnya, meningkatkan tekanan ketenteraan dan diplomatik ke atas Taipei.

Pada tahun ini, negara pulau itu kehilangan 3 negara sekutunya yang mengubah haluan diplomatik mereka kepada Beijing, selain menyaksikan jiran besarnya itu mengutus jet pengebom dan pejuang membuat latihan kepungan di sekeliling Taiwan.