Zahid tiba untuk disoal SPRM kali ke-4

Ahmad Zahid Hamidi.

PUTRAJAYA: Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tiba di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 9.16 pagi tadi selepas semalam disoal siasat agensi anti-rasuah itu lebih 8 jam.

Zahid dipanggil buat kali ke-4 hari ini dipercayai bagi membantu siasatan kes penyelewengan dana Yayasan Akal Budi milik keluarganya.

Semalam, Zahid tiba di ibu pejabat SPRM di Putrajaya pada 9.20 pagi bersama anak perempuannya, Datuk Nurulhidayah dan abang tiri beliau, Datuk Seri Mohammad Nasaee Ahmad Tarmizi.

Nurulhidayah dilihat meninggalkan bangunan berkenaan namun kelibat abang tiri Zahid, Nasaee tidak kelihatan.

Kedua-dua mereka dilihat memasuki bangunan itu pagi semalam.

Sebentar tadi, anak perempuan Zahid, Nurulhidayah tiba di SPRM jam 9.20 pagi.