AS rancang perubahan rejim di Iran, kata Rouhani

Presiden Iran, Hassan Rouhani. (Gambar Reuters)

TEHRAN: Amerika Syarikat (AS) sedang merancang perubahan rejim di Iran, kata Presiden Hassan Rouhani dalam satu ucapan disiarkan oleh televisyen kerajaan, Ahad.

AS menggunakan perang psikologi dan ekonomi dan menimbulkan persoalan tentang keabsahan republik Islam itu bagi menjayakan rancangannya untuk menjatuhkan rejim di Iran, kata Rouhani dalam ucapan bersempena permulaan sesi akademik di Universiti Tehran.

“Menghakis keabsahan sistem adalah matlamat akhir mereka. Apabila mereka berkata mahu mengubah rejim, bagaimana ia berlaku? Dengan menghakis keabsahannya, jika tidak perubahan rejim tidak berlaku,” kata Rouhani.

Ketegangan memuncak antara Iran dengan AS selepas presiden Donald Trump menarik diri daripada perjanjian pelbagai-pihak berkaitan program nuklear Iran Mei lepas dan mengenakan semula sekatan ke atas republik itu.

AS merancang mengenakan sekatan tambahan yang menyasarkan sektor minyak Iran November depan.