Lip-sync bapa dan anak 2 tahun di bilik air viral

Baru-baru ini satu rakaman video kombinasi duo, kanak-kanak perempuan dan bapa melakukan lip sync viral di media sosial.

Aksi comel itu menunjukkan bayi kecil dalam lingkungan usia 2 dibalut tuala dipercayai baru sahaja selepas sesi mandi, dalam dukungan ayahnya bersama-sama melakukan lip-sync bagi lagu, ‘Girls Like You’ di bilik air.

Menariknya, rakaman yang dikongsi oleh netizen dari seluruh dunia itu juga turut mendapat perhatian kumpulan Maroon 5 yang merupakan penyanyi lagu tersebut.

Video itu dirakan oleh ibu bayi, Trina Wesson dan dimuatnaik di Instagram pada 6 Oktober mencapai 9 juta tontonan dan masih viral kerana telatah kedua-dua anak beranak, terutama sekali bayi tersebut, Myla yang melakukan lip-sync secara tepat dan gimik muka yang comel.

Maroon 5 yang turut terhibur dengan video itu menyampaikan ucapan mereka di Instagram Trina dengan menulis, “Ini sangat bagus.”

Trina yang hamil anak kedua amat teruja dengan sambutan terhadap video itu menyifatkan percubaan tidak dijangka keluarganya itu amat diminati ramai.

Myla sememangnya sangat bijak dalam melakukan lip-sync dan ia dibuktikan dalam beberapa lagi rakaman yang dimuatnaik di laman sosial milik kanak-kanak tersebut.