Meghan Markle kongsi resepi kek pisang kegemaran Putera Harry

Lawatan isteri kepada Putera Harry, Meghan Markle ke Australia baru-baru ini membuktikan beliau sebagai seorang wanita yang bukan sahaja berjiwa rakyat tetapi seorang isteri yang ideal.

Ini kerana, bekas pelakon Amerika yang kini dalam sebahagian daripada lawatan kerajaan, Duke dan Duchess of Sussex tidak ketinggalan melawat keluarga 5 generasi petani di Dubbo, keluarga Woodley.

Sewaktu lawatan, keluarga tersebut turut menyertai pesta teh bersama keluarga petani dan menariknya Markle juga berkongsi bakat memasak dengan membuat sendiri kek pisang di dapur Rumah Admiralty yang duduki tinggal sementara waktu di Australia.

Menurut laporan majalah The People, kek tersebut dibawa oleh Markle sebagai hadiah untuk keluarga petani di Dubbo.

Markle yang mempunyai bakat dalam masakan menambah cip coklat dan serbuk halia ke dalam ke kek pisang versinya.

Majalah The Australian Women’s Weekly turut menguji resipi kek pisang Markle dan berkongsinya kepada para pembaca.

Mungkin anda boleh mencuba resipi ini dan hidang kepada keluarga, berilah peluang kepada keluarga anda menikmati kek pisang keluarga diRaja kegemaran Putera Harry ini.

Bahan:

125 gram mentega yang dilembutkan
220 gram gula perang
1 sudu teh ekstrak vanila
2 biji telur
400 gram pisang masak, hancurkan sehingga lembut
Sirap maple 60ml
250 gram tepung serbaguna
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh serbuk kayu manis
Garam 1/4 sudu teh
25 gram walnut cincang
2 sudu teh serbuk halia
1/3 cawan choco chips

Cara membuat:
1. Panaskan ketuhar sehingga 160 darjah. Gunakan dulang pembakar berukuran 13cm x 26cm dan tutup dengan kertas penaik.
2. Pukul mentega, gula dan vanila dalam bekas sehingga berwarna putih dan gebu. Masukkan telur satu demi satu, pukul sehingga ia bercampur dengan baik dan seimbang.
3. Tambah pisang tumbuk dan sirap maple.
4. Tambah tepung serbaguna, soda bikarbonat, serbuk kayu manis dan garam. Tambah walnut, cip coklat, dan halia. Kacau dengan spatula sehingga bercampur dengan baik.
5. Letakkannya dalam hidangan penaik dan ratakan bahagian atas. Bakar selama satu jam atau sehingga dimasak.

Nikmati kek tersebut dan kongsi dengan kami pengalaman anda!