Trump: Pergerakan migran Honduras ke AS ialah ‘darurat’

Gambar AFP.

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) memaklumkan kepada pasukan tentera, pergerakan kumpulan migran Honduras yang dilaporkan menuju ke negara itu ialah keadaan “darurat”.

“Pada masa sama, AS akan mengurangkan jumlah bantuan kepada beberapa negera di Amerika Tengah,” umum Presiden Donald Trump menerusi Twitternya.

“Sayangnya, polis dan tentera Mexico dilihat gagal menyekat kumpulan itu menuju ke sempadan selatan AS. Saya telah memaklumkan pasukan peronda sempadan dan tentera yang keadaan itu adalah darurat.”

“Guatemala, Honduras dan El Salvador gagal menghentikan rakyat mereka meninggalkan negara dan datang ke AS secara haram. Kita akan mengurangkan jumlah bantuan kewangan yang diberikan selama ini.”

Sementara itu, beberapa pendatang dilaporkan berkata: “Kami akan datang semula jika dihalau. Kami bukan penjenayah, kami pekerja!”