‘Aiyoh’, ‘Aiyah’ masuk kamus Oxford

Kalau anda pernah mengucapkan perkataan “aiyoh” atau “aiyah” di hadapan guru atau ibu bapa dan ditegur kononnya kerana tidak menggunakan bahasa yang betul, kini tiada lagi.

Beritahu mereka, kedua-dua perkataaan tersebut sudah secara rasmi dimasukkan ke dalam senarai kamus Oxford sebagai perkataan yang sah digunakan dalam bahasa Inggeris.

Bahasa kolokial tempatan, kerap digunakan oleh bangsa Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India sebagai bunyi kekesalan, luahan rasa tidak senang dan selesa ataupun dalam nada gurau ini antara perkataan baharu yang dimasukkan dalam Kamus Inggeris Oxford bersama-sama 500 perkataan baharu yang lain.

Perkataan “aiyoh” dan “aiyah” juga digunakan secara meluas dalam kalangan warga China, selatan India, Sri Lanka dan Malaysia serta Singapura.

Selain perkataan tersebut, turut tersenarai dalam kamus Ingggeris Oxford ialah atas, ah beng, char kway teo.

“‘Ah beng’ ialah terma stereotaip yang digunakan untuk merujuk kepada lelaki Cina manakala ‘atas’ pula perkataan yang digunakan untuk merujuk kepada seseorang yang terlalu egoistik ataupun kelas tinggi.

Selain itu, perkataan kopitiam (kedai kopi), mamak (India Muslim), rendang dan pancit juga tersenarai pada kali ini.

Senarai yang dikemaskini Mac lalu juga memasukkan perkataan Singlish dan Manglish seperti “ang moh”, “shiok”, “sabo”, “teh tarik”, “char siu” dan banyak lagi.

Akronim YOLO (You Only Live Once- Kamu hanya hidup sekali) dan Moobs (payudara lelaki) juga perkataan yang berjaya mendapat tempat dalam kamus tersebut.