Individu baru mengaku ‘Sultan Melaka’ jadi gurauan netizen

Ada sahaja perkara atau perkongsian yang membuatkan netizen secara aktif berhubungan dalam laman sosial.

Terbaru seorang individu yang menggelarkan dirinya sebagai ‘Sultan Melaka’ viral di Facebook.

Individu itu yang bernama Tengku Muhamad Jalil Md Nor, 63, dalam satu muatnaik Facebook mengakui dirinya keturunan Kesultanan Melaka membawa gelaran Soltan Mansor III.

Menerusi Facebook Soltan Masnor III itu, beberapa keping gambar kononnya menunjukkan pemahsyuran yang diadakan pada 21 Oktober lalu di Kuala Linggi Melaka bersama-sama gambar gambar Balai Rong Seri serta alat-alat kebesaran seperti keris, pedang dengan warna kuning diraja dikongsi.

Menurut laporan Sinar Harian, beliau dikatakan mendakwa lama mendiamkan diri dan kini kembali bersuara sebagai pemerintah Melaka

Beberapa tahun yang lepas, Melaka pernah digemparkan dengan berita seorang individu bernama Raja Nor Jan Shah Raja Tuah yang mendakwa dirinya adalah ‘Sultan Melaka.’

Beliau menggelar dirinya sebagai Sultan Ahmad [email protected] Raja Noor Jan Shah Ibni al-Marhum Raja Tuah iaitu keturunan terakhir Sultan Mahmud Shah.

Apapun ia disangkal oleh kerajaan negeri itu.

Kewujudan Sultan Melaka yang baharu ini pula menjadi gurauan dalam kalangan netizen yang mempersoal perwatakan ‘sultan’, dayang-dayang, pemakaian, perabot dan malah selipar yang dipakai pada majlis yang didakwa pertabalan.

Pencarian FMT Ohsem pula mendapati kewujudan beberapa laman Facebook di bawah nama Soltan Mansor III.