Gadis tarik balik laporan dicabul bekas menteri

Remaja perempuan itu dipercayai dicabul bekas menteri yang juga ahli Parlimen.

GEORGE TOWN: Satu laporan polis difailkan di Perlis terhadap seorang ahli politik kanan yang dipercayai bekas menteri yang dituduh mencabul seorang gadis.

Bagaimanapun laporan yang dibuat remaja berusia 15 tahun itu di balai polis Kangar pada 20 Oktober, ditarik balik, kata Ketua Polis Negeri, Noor Mushar Mohd.

Noor Mushar juga enggan mendedahkan butiran laporan tersebut.

“Terdapat laporan sedemikian tetapi pengadu menarik balik laporan tersebut. Kami tidak boleh meneruskan dengan kes pencabulan,” katanya.

Semalam, aktivis Datuk R Sri Sanjeevan, yang mengendalikan Badan Bertindak Pemerhati Jenayah (MyWatch), mempersoalkan pihak polis kerana tidak menahan ahli politik terbabit, yang dikatakan seorang ahli Parlimen.

“Kenapa ahli Parlimen itu belum ditahan?” soalnya di Twitter, sambil menyertakan nama Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan timbalannya, Hannah Yeoh.

Sanjeevan juga mengepilkan gambar dikaburkan yang dipercayai mangsa.

Percubaan FMT untuk mendapatkan salinan laporan itu juga tidak berjaya.